Wednesday, 29 July 2009

sedar atau tidak

Hari ni, perasaan yang sepatutnya lama terkubur tiba-tiba datang menyelubuti hati. Akal terlalu penat bila setiap perkataan-perkataan itu terbang melayang diruang ingatan ini. Setiap satunya mempunyai maksud dan makna. Sama ada tersirat yang tersimpul, ataupun yang terang dan nyata. Kejujuran? Kepercayaan? Hilang bila ingatan yang lain datang berganti.

Ruang kosong ini terlalu luas jika hanya ingatan-ingatan ini saja yang menjadi penyerinya. Setiap satunya disimpan dengan rapi di dalam bekas hati. Banyak, lebih dan tiada yang kurang. Dikunci dengan ayat "biarkan ini tanggapan mereka pada aku, tak perlu rumitkan keadaan".

terimalah "kebenaran" itu. kenapa perlu menyusahkan diri sendiri? kenapa mata hati yang digunakan untuk melihat kebenaran? kenapa perkara yang mudah itu dijadikan sebegitu rumit? apa yang akan berlaku kalau melihat dan mendengar sudah cukup untuk dijadikan bukti?

"hanya jauhari mengenal manikam", "dulu aku nak, ko yang cakap tanak"

itu yang diperlukan untuk aku membuka kembali bekas hati yang dah lama terkunci. berminat nak mengetahui apa yang aku lalui? ataupun nak melihat sejauh manakan kehebatan aku ketika berhujah? jangan jadi seperti sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

burukkan lah selagi boleh diburukkan. jumpa yang baru, burukkan pula yang baru. rasanya itu sering berlaku. dan masih lagi berlaku. dan terus berlaku dari siang ke malam, dari hari itu sehinggalah ke hari ini. kebenaran itu pasti akan diketahui. sudah lah, sampai sekarang pun belum tahu siapa yang bunuh john f kennedy, ini kan pula nak tahu siapa yang curi keju semalam.

Jujur? ali dikatakan jujur kerana memulangkan kembali duit lebih sebanyak dua puluh sen yang diberikan kepadanya oleh peniaga nasi kandar. lihatlah kejujuran yang diukurkan dengan nilai dua puluh sen. percaya? kata-kata ali boleh dipercayai kerana dia hanya membeli barang bernilai satu ringgit dan hanya memberikan wang sebanyak seringgit. kepercayaan yang diukurkan dengan nilai wang.

hebat tak aku berhujah? aku pandai "brain wash org lain", aku pandai manipulate hati dan perasaan org lain. cukup ke membuat kesimpulan dengan melihat apa yang berlaku? ataupun sekadar mendengar? masih tak cukup lagi ke nak memburuk? atau dah takde orang baru untuk diburukkan?

Saturday, 18 July 2009

are you doing ok?

kali ni aku terpikat dengan lagu kristin, are you doing ok? dari The Offspring. tiba2 plak aku minat kumpulan ni. ooh.. aku mmg berkenan dengan musik berbentuk punk rock sejak aku mula menjejaki ke alam kolej (aku hanyalah budak kolej).

orang pertama yang memperkenalkan aku dengan musik bergenre punk rock, adalah roomate aku sendiri. beliau begitu gigih menghafal serta memutarkan cakera padat (atau lebih dikenali CD) lagu2 dari kumpulan blink 82.

ditambah pula dengan kehadiran teman baru rumah aku, iaitu encik gitar. apabila encik gitar bertemu dengan encik punk rock. maka tercetuslah satu revolusi baru, iaitu encik-nak-belajar-main-encik-gitar.

lagu Kristin, are you doing ok? ni dari album terbaru The Offspring yang berjudul Rise and Fall Rage and Grace.






The Offspring - Kristin, Are You Doing OK?

There's a moment in time
And it's stuck in my mind
Way back, when we were just kids

Cause your eyes told the tale
Of an act of betrayal
I knew that somebody did

Oh, waves of time
Seem to wash away
The scenes of our crimes
for you this never ends

Can you stay strong?
Can you go on?
Kristy are you doing okay?
A rose that won't bloom
Winter's kept you
Don't waste your whole life trying
To get back what was taken away

Though the marks on your dress
Had been neatly repressed
I knew that something was wrong
And I should have spoke out
And I'm so sorry now
I didn't know
Cause we were so young

Oh, clouds of time
Seem to rain on
Innocence left behind
And it never goes away

Tuesday, 7 July 2009

kekalahan

Kalah, kalah, kalah, kalah, kalah, kalah, kalah, MENANG!!

Minggu lepas boleh dikatakan minggu yang agak sibuk bagi aku. Dari jumaat tengahari hingga ke ahad mlm. Usai solat jumaat di masjid berdekatan dengan rumah, lantas bergegas pulang ke rumah dan bersiap2 untuk ke Raunheim. Di sana aku sudahpun membuat temu janji untuk membeli-belah barang2 keperluan bersama dengan kak liza@achik dan juga suaminya abg edi@cik di.

Memandangkan beberapa hari sebelum itu, aku banyak bertanyakan resepi kepada kak liza. Maka, beliau dengan besar hatinya merancang ke rumah aku untuk mengajar memasak secara peribadi. Bertuah sungguh rasanya bila ada orang yang sudi bertandang semata2 untuk mengajar.

Hari sabtu pula, pergi ke Ruesselsheim untuk beriadah bersama2 dengan Zul Raunheim, Rusdy dan juga Mat. Kami bermain badminton selama 1 jam, digandingkan bersama Zul Raunheim. Maka, dengan rasminya Zul/Zul vs Rusdy/Razif (bukan Rashid Sidek). Set pertama kami kalah 3 - 21. Alasan: dah lama tak main (pada aku mmg btul, kali terakhir rasanya bulan Januari tahun ni.) Set kedua 11 - 21, dan yang seterusnya 13 - 21, 15 - 21 dan akhir skali 17 - 21.

Agaknya kalau diberi lagi 3 set, mesti boleh menang ni!! hahaha, antara faktor2 kekalahan kami ialah ***** yang tidak dapat membalas bulu tangkis telah memukul dengan sekuat hatinya sehingga bulu tangkis terkena bumbung dewan lantas menyebabkan 'skor tidak dikira'. ok laaa.. itu hanyalah alasan. Tapi kena cakap jugak sebab disitulah semangat kami mulai luntur dan kalah pada set terakhir.

Usai bermain, kami terpaksa pula berjalan kaki dari pusat sukan ke stesen bas/keretapi Ruesselsheim untuk makan tengahari. Memandangkan masa yang diperlukan bagi bas yang seterusnya ialah 40 minit, maka dengan sukarelanya kami menapak sejauh 2km berbekalkan aiskrim dari kedai yang aku tak ingat namanya. Makanan tengahari kami ialah ayam golek dengan salat di Chicken House. Restoran yang selalu dikunjungi oleh Mat dan juga teman2 yang lain apabila selesai beriadah.

Berehat seketika di rumah Mat untuk solat zohor dan juga asar. Kemudian kami teruskan pula agenda untuk bermain billard. Ingatkan kali ni boleh la membuli, sebab rasanya aku mmg boleh tahan jugak main pool nih (kenyataan berbentuk perasaan). Last2, 2 set kalah. Itu pun aku masih lagi digandingkan bersama Zul raunheim. Cuma kali ni tiadalah pula ***** memukul bola cue sekuat hatinya agar berlaku lagi keadaan 'skor tidak dikira'. Nasib la part last tu menang (ooh.. menang nasib, tak perlulah aku ceritakan bagaimana kemenangan itu berlaku..)

Hari ahad ada majlis BBQ dari MCD (Malaysian Deutschland Club) bersempena musim panas tahun ni. yang ada cuma makan, makan dan makan. Pelbagai jenis lauk pauk serta kuih muih untuk dijamah. Dan boleh pula aku dijadikan sebagai jurufoto rasmi untuk majlis tu (menyesal bawak kamera!!). *sigghhhh* asalnya dijanjikan cuma perlu bayar 5 euro. tapi disebabkan terdapat misunderstanding dan sesungguhlah aku tak kenal sgt dengan orang yang ditugaskan untuk kutip duit, terpaksa laaaaaaa bayar 10 euro untuk join.

Kira2 balik, agaknya dah lebih dari 10 euro aku makan.. hohoho.. (malu2)

Secara keseluruhannya, outing kali ni memang seronok!!

Friday, 3 July 2009

jangan bela anjing

Menyirap darah aku bila aku mula mendengar khutbah tak langsung dari seorang rakan. Kalau isi khutbah tu menyuruh kepada sesuatu perbuatan yang baik, ok la jugak. Ataupun nak memberi keinsafan wujud di dalam hati ini, aku kira tak bermasalah. Tapi, kalau isi khutbah tu lebih kepada mengutuk perbuatan salah orang lain, apa gunanya? Tahu la ilmu agamanya lebih dari aku, ataupun aku ni sangatlah jahil. Menyesal plak aku timbulkan isu membela anjing nih.

Walaupun sekadar perbualan di Yahoo Messenger, pada aku, isi yang diberikan tidaklah begitu masuk akal. Difikirkan pula secara mendalam, apa akan terjadi kalau si anjing tu masuk ke rumah, duduk atas sofa, duduk atas katil dan macam2 lagi perkara yang tak terduga. Macam mana nak samak?? nak kena basuh satu rumah ke?? antara soalan2 yang diajukan pada aku. Terdiam sebentar, cuba memerah otak untuk mendapatkan jawapan yang sesuai.

Dengan perasaan berat hati, aku pun menjawap. Aku tak tahu semua tu, sebab aku bukannya bela anjing. Dan yang pastinya, aku bukanlah seorang yang pakar tentang anjing. Pesanan yang aku cuba sampaikan pada dia hanya satu. Orang kita saja yang berpandangan jijik dengan anjing. Tidak bagi umat Islam di tanah arab ataupun di mana-mana selain dari tanah melayu. Malah anjing dianggap sebagai sahabat yang paling setia dan juga boleh menjaga keselamatan tuannya.

Tapi kalau tak tahu, apa salahnya belajar kan? Bagusnya kalau ada yang sudi membuat kursus untuk menjaga anjing secara berbayar ataupun sukarela. Pasti ramai yang berminat!! Contohnya, kaedah nak menjaga anjing dengan lebih efektif supaya anjing tu faham di mana tempat yang boleh masuk dan juga dilarang. Lepas tu, ditunjukkan pula kaedah samak yang lebih baik. Dan disertakan pula pantang larang ketika membela anjing. Salah faham yang wujud ketika ini 'mungkin' disebabkan orang kita ni masih lagi belum faham sepenuhnya mengenai cara dan kaedah yang betul untuk membela anjing (melainkan doktor haiwan berbangsa melayu).

Itu je yang aku cuba sampaikan, dan macam2 hal yang dibangkitkan. Itu tak boleh, Haram!! Ini tak boleh, Haram!! Oleh kerana tak mahu perbincangan ni menjadi lebih panas, cepat2 aku ubah topik perbualan kepada isu yang lebih peribadi. hahaha!! aku tahu kamu masih belum ada kekasih!! aku tahu kamu masih belum bersedia untuk berumahtangga!! hahahaha. Sengaja aku tanyakan soalan2 ni, dengan harapan dapat mengalihkan pandangannya dari bela anjing kepada mencari kekasih.

Jawapan: nak buat macam mana, dah takde rezeki, takde jodoh.. biarlah tuhan yang tentukan.

Thursday, 2 July 2009

the host

'soul' sejenis makhluk yg menakluki bumi pada masa kini. Berbentuk seperti ulat bulu sebesar genggaman org dewasa. Bulunya berwarna perak yg berkilauan. Sangat cantik. 'soul' hidup sebagai parasit, dan memerlukan 'host' utk mendapatkan segala sumber yg penting utk hidup. 'soul' dapat mengawal dan juga mewarisi segala ingatan yg ada pada 'host'. Sekiranya manusia itu dimasukkan 'soul' ke dalam badannya, dia bukanlah dirinya lagi, hanya lah 'soul' yg mempunyai ingatan manusia itu.

Tujuan penaklukan terhadap bumi bukanlah untuk memusnahkan bumi ini, malah sebaliknya.

Sejarah telah pun membuktikan bahawa manusia tidak dapat menjaga bumi ini. manusia sering berperang antara satu sama lain. manusia adakalanya tidak dapat duduk bersama sekiranya mereka berlainan agama, warna kulit dan juga bahasa. bagi manusia, nyawa itu tidak bermakna, mudah saja membunuh manusia yang lain tanpa perlu berfikir panjang.

Tidak bagi makhluk yang bernama 'soul', mereka sangat bertamadun, saling mempercayai, jujur dan juga tidak tahu erti keganasan yang biasa ditunjukkan oleh manusia. 'soul' sentiasa patuh pada peraturan, tidak membezakan antara warna kulit, bangsa dan juga bahasa. Tak pernah dilihat 'soul' tinggal berasingan dari komunitinya. Terbahagi kepada 2 golongan iaitu 'seekers' dan juga 'soul'. 'seekers' merupakan 'soul' yg bertugas untuk mencari saki baki manusia yang masih lagi wujud dalam dunia ni. satu2nya golongan 'soul' yang boleh bertindak ganas serta pandai menyamar. Golongan inilah yg mula2 datang ke bumi dan menaklukinya dari tangan manusia yang ganas lagi kejam.

Wanderer, 'soul' yang baru saja tiba di bumi. seperti namanya, bumi merupakan planet yang ke-10 dilawatinya. Wanderer diberikan 'host' yang bernama Melanie. Salah seorang dari 'resistance' yang masih lagi wujud pada ketika ini. Sangkaan Wanderer bahawa manusia juga sama seperti makhluk lain yang pernah menjadi 'host'nya ternyata meleset. Wanderer dilimpahi dengan pelbagai jenis emosi yang masih lagi wujud dalam ingatan Melanie.

Kebiasaannya, apabila 'soul' bersatu dengan 'host', kesedaran akan hilang pada diri 'host'. Tetapi tidak pada Melanie, kesedarannya masih lagi wujud dalam tubuh badannya. Wanderer boleh mendengar apa jua yang sedang difikirkan oleh Melanie. Bagi Melanie, dia seolah2 terperangkap di dalam tubuhnya sendiri. Melanie boleh melihat, mendengar dan juga merasa, hanya tidak dapat mengawal tubuh badannya. Umpama 2 roh di dalam satu jasad.

Melalui ingatan Melanie, Wanderer mula mengenai dua orang yang amat penting di sisi Melanie, iaitu Jared teman lelakinya dan juga Jamie, adik lelakinya yang amat dikasihi. Wanderer juga mula mengenali erti rindu, cinta dan kasih sayang. Seperti mana kasih dan rindunya Melanie pada mereka berdua begitu jugalah perasaan yang wujud di jiwa Wanderer, sehinggakan Wanderer sanggup melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan oleh 'soul' yang lain. Berdasarkan ingatan Melanie yang wujud dalam dirinya, Wanderer mula mencari mereka berdua.

apakah Wanderer berjaya menemui mereka? apa pula reaksi mereka bila berhadapan dengan 'soul' yang wujud dalam diri Melanie?

THE HOST

sebuah karya dari Stephenie Meyer yang terkenal dengan Twilight Saga.