Monday 19 January 2009

Kalau ditanya

Kalau ditanya, apakah elok mcm ni? sudah pasti aku akan katakan ya. keadaan macam ni sudah boleh dikatakan seribu kali lagi baik dari sebelumnya. aku tak perlu bersusah-payah memeningkan kepala untuk memikirkan masalah 'dia', masalah sekeliling dan juga macam-macam lagi masalah yg tidak wujud.

ada yang berkata, "..ni baru hidup sorang-sorang, belum lagi berkahwin. kalau la ko dah kahwin, susah la ko kalau asyik fikir macam ni..." for sure orang yang tak memahami akan terus berada dalam keadaan yang tidak faham, buat selamanya. tapi aku tak salahkan mereka. mungkin mereka hanya memikirkan tentang aku dan yang lain. dengan kata mudah, 'ambil berat'.

aku tahu, banyak masalah itu datangnya dari aku. aku pun ada EGO aku jugak. jadi aku rasa baguslah kalau benda ini macam ni. jangan diusik kalau taknak aku melenting. apa pun dikatakan pada aku, aku terima tanpa perlu untuk membela diri aku. sebabnya aku kan dikatakan orang yang pandai berhujah serta putar belit kata. takut nanti ada yang terpengaruh dengan kata-kata aku.

kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa orang yang tak pernah ber'IM dengan aku, tiba-tiba menjadi rajin untuk ber'msg. yang anehnya soalan-soalan yang diajukan kepada aku, nampak terang dan jelas. mudah saja bila aku fikirkan ayat ni ".. tiada rahsia diantara kami.." maybe itu boleh menjelaskan segalanya dan membuatkan aku lebih berhati-hati semasa bercakap.

serius la, aku tak pernah pun rasa senang hati yang macam sekarang ni. ;p ;p diharapkan situasi ini akan kekal hinggalah bila-bila masa pun.

"..lebih baik takde kawan dari ada kawan yang tidak boleh dipercayai atapun 'back stab'..."

***

"...ko tak boleh nak hidup sendirian zul.."

ulasan: jangan lah berfikiran umpama engkau lah satu-satunya kawan aku di dunia dan akhirat, masih ramai lagi kawan aku diluar sana, aku mengenali mu bukanlah sejak aku dilahirkan di dunia ini. aku tahu, aku banyak menyusahkan kau dengan segala cerita-cerita luahan perasaan aku, malahan engkau juga banyak membantu aku di sini. tapi itu semua tidaklah sekali pun menghalalkan perbuatan ko padaku.

sekian
zul

4 comments:

FARYN said...

mmg elok dok sorg2 dari ada kawan cam gampang..

zulfadli said...

btul tu, aku sokong!! ni yg sayang ni.. hehehe

Jalak Lenteng said...

hmmm(long~)..I'll say it just ONCE for all..OK??
as an 'extra' in this 'telenovela',
seriously, I REALLY dont wanna get caught in the middle.I know u can forgive but hardly to forget but trust me, all u need is TIME, bro!at the end, let bygones be bygones..
for now, just do it your own way..

http://de.youtube.com/watch?v=bMH9gjqBWlc

p/s:hopefully lepas ni abg GULA-GULA story citer yang manis2 lak kat blog ni ye :D

zulfadli said...

well.. the GULA-GULA part otw.. hehehehe