ooh.. best citernyee..
pergi ngan azrul, family kak neny (4 org, 2 budak, 2 dewasa), matt ngan liza. kisahnya, sebabkan skrg ni dah masuk summer, jadi cam panas skit la. jadi kami rancang bertolak petang, kul 4 ptg. kalau tghari nnt kang panas plak duk kat tengah padang strawberi.
kul 4:30 baru jumpa dengan semua kat stesen keretapi (mcm putra ngan star). pastu rupanya2, laluan train tu ada buat construction ngan maintainance. jadi dia akan berenti kat stesen sebelum construction. then naik bas utk ke stesen yg lain utk perjalanan seterusnya.
itu satu hal.. tapi takpe, sebab semangat nak g petik strawberi punya pasal. pastu naik la bas. dalam perjalanan tu, tiba2 pemandu bas buat pengumuman, dia terpaksa wat lencongan dari laluan asal sebab ada accident kat laluan kami. lagi satu hal.. takpe lagik!!
kemudian pemandu bas plak wat hal. bleh plak dia wat U-Turn kat tempat yg tak patut wat U-Turn. dengan Bas yg sgt panjang (2 gerabak!!). last2 drebar bas ni terpaksa mengigit jari akibat dari perbuatan dia yg menyalahi undang2. sebabnya!! bas tu tak dapat pusing abes utk buat U-Turn.
lalu menyebabkan bas tuh menghalang laluan dari kedua2 arah trafik. dengan slumber, drebar tuh melepaskan cacian terhadap dirinya sendiri akibat kegagalan tuh.. hahaha
abes sesak sebentar ngan kehadiran ramai orang dan berasa hairan dengan peristiwa aneh tuh. ada jugak yg berkesempatan mengambil gamba utk dijadikan kenangan terindah.
nasib la ada satu lagi drebar bas yg kebetulan melalui jalan tu dan bertindak utk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. orang sini sangat hebat ok!! selepas berjaya membetulkan kedudukan bas tersebut, drebar bas yg membantu itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh penghuni sementara bas tersebut.. hahahaha
rasanya2 itu blum lagi mematahkan semangat kami!! masih lagi dengan niat utk meneruskan perjuangan memetik strawberi. tak sampai beberapa minit perjalanan diteruskan, datang plak 2 org pegawai polis menahan bas tersebut. byk plak yg disoalkan kat pemandu bas tu.
tgk jam, dah dekat kul 6 ptg, aisyehh.. tak bleh jadi ni, ladang tutup plak kul 8. hurmm.. ok laa.. lepas je polis tu abes buat soal siasat. datanglah satu lagi malapetaka terakhir...
hujan lebat..
dah.. abes crite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lenkali,sila bawak aku skali..huhuh
lol..sian giler..
Post a Comment