Bila tiada seorang pun yang melihat kau, dimana sahaja ko berada, tiada orang menegurmu, malah kau seperti tidak perah wujud didunia ini. Dan orang yang dapat melihat kau, hanya terdiri dari golongan yang sangat-sangat memerlukan seseorang untuk berada disamping mereka. Tujuan hidup ini hanya lah untuk mencari seorang sahabat atau teman yang benar-benar memerlukan kau.
Tugas kau pula hanya untuk menjadi sahabat yang memahami setiap penderitaan mereka. Malah kau perlu menyelesaikan setiap masalah mereka, menjadi telinga untuk setiap luahan hati dan cerita penderitaan mereka. Apa kata pula kalau tugas mu itu seperti seorang fairy, hanya kanak-kanak yang mampu melihat kau. Menjadi sahabat baik mereka, sentiasa disamping mereka di masa susah dan senang. Kelebihan menjadi fairy ni, kau tidak akan luput dimamah usia. Kau akan kekal muda untuk selama-lamanya.
seronok tak?
Bagaimana pula, suatu hari nanti, kau akan ditemukan dengan seorang gadis yang sangat-sangat memerlukan kau. Pada mula perkenalan kau dan dia, kau tetap dengan pendirian kau. Hanya berkawan untuk menyelesaikan masalah dia, malah menjadi seorang teman yang sentiasa disampingnya dikala susah dan senang. Tetapi, lama kelamaan, perasaan itu berevolusi menjadi lebih rumit. Begitu jua dengan si dia.
Setiap masa, fikiran kau hanya pada dia. Dimana kau berada, apa saja yang kau lakukan, hati dan fikiran kau sentiasa pada dirinya. Suatu ketika dulu kau hanya memikirkan tentang 'sahabat baik kau', sekarang perkara itu sudah pun berubah. Kau sudah pandai memikirkan pasal diri sendiri. Adakah kewujudan kau semata-mata untuk membahagiakan orang lain? Bagaimana pula dengan kebahagiaan kau?
Sekarang kau ada dua pilihan, yang pertama teruskan usahamu untuk menyelesaikan masalah dia. Dan yang kedua, meluahkan perasaan cintamu pada si dia.
TAPI...
Kalau pilihan kau adalah yang kedua, maka kau harus tahu perbezaan diantara kau dan dia. Kau kekal muda sepanjang zaman, dia akan luput dimamah usia. Bila jurang perbezaan itu semakin jelas. Sudah tentu dia akan mengetahui siapakah dirimu yang sebenar. Malah, sekiranya suatu hari nanti dia sudah tidak lagi memerlukan kau. PASTI.. dia tidak akan dapat melihat kau.
APAKAH PILIHAN KAU??
ps: ini dari sebuah cerita dari penulis yang bernama Cecelia Ahern yang bertajuk If You Could See Me Now. Memang SUPERB!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ooh.. aku ingat kan citer drakula tu
twilight? isk.. watak dalam citer kan diminati ramai.. hahaha
Post a Comment