Thursday, 16 April 2009

alice si gadis chantek

kejadian ini berlaku pada hari technician dari telekom jerman nak datang ke rumah aku untuk sambungan internet aku. masih segar lagi diingatan aku (yelah, kejadian 2 minggu lepas k!! )

kat sini teknologi semakin canggih, internet provider aku tak payah bersusah payah post mail or surat or wat panggilan kat aku untuk wat temujanji. diorg just antar SMS je. ok, aku ulang.. SMS JE! (sebutan je tu pendek ek) untuk memastikan aku berada dirumah dari jam 10 pagi hingga 4 petang. dalam sela masa tersebut, aku akan didatangi oleh pekerja telekom untuk memastikan sambungan telepon aku berfungsi.

desprate, gian, bosan dan hape lagi ek nak mengambarkan keinginan aku yang tak terhingga waktu tu. menyebabkan aku mengambil cuti sepenuh hari. sebagai tanda penghormatan utk pekerja dan juga talian internet yang julung kalinya akan masuk ke rumah aku ni.

aku cut skit la citer nih. lepas technician tu siap keje dia dan mau pulang, sempat jugak dia wish kat aku. 'have a nice day, and you are ready to install your hardware'..

modem.. check!!
cable.. check!!
connection.. check!!

hurmmm.... lepas ni yang tak best nih..

user = ???... uncheck!!!
password = ???... uncheck!!!

aargggghhhh!!!! demit demit.. lupa nak mintak user ngan password!!!

cepat2 aku call alice (internet provider kat sini), mmg best bersembang dengan diaorg, sebabnya, aku tak faham apa dia cakap dan dia juga begitu. tapi kami sungguh mesra. satu2nya ayat yang aku faham ialah "hahahahahha.." dibalas dengan "hahahahahaha".

gelabah jugak aku dibuatnya, abes aku mintak tolong kat Matt dan jugak godi. tapi diaorg pun tak dapat nak tolong aku. tapi aku mmg salute la kat diaorg!! bantu sedaya mungkin!!

oleh sebab tanak berputus asa, aku pun call la alice lagi skali, kali ni aku lebih ganas dan aggresif. selepas je aku cakap halo, trus aku mintak password ngan user. lepas tu aku main teka je ape yang dia mintak (rupa2nya dia mintak no phone aku). lepas 15 minit bersembang dengan "mesra" akhirnya berjaya jugak aku dapatkan user ngan password aku nih.

alhamdulillah, segalanya dah selamat..

7 comments:

sharamli said...

alice in w0nderland

zulfadli said...

ha'a, patut tajuk tu la baru best. hehehe

" NoBoDy " said...

haha...mesti kau tak faham ape dia tulis kat surat yg dia bagik eh??

kat ctu ade tulis username password patutnyer..

Anonymous said...

oh cte sunnguh lawak tp aku x puas ati nape layout kita sama?haisss dah ramai penchenta hijau

zulfadli said...

munie: tak dapat surat tu, dapat modem je. bangsat kan?

greenie: yah!! hidup hijau.. marilah hijaukan taman anda.. ;p

" NoBoDy " said...

serious? ish ish...kau tau tak tuh contract brape tahun? setahun? dua tahun? hehe...

bahaye tol pakcik nih..

zulfadli said...

heeheehee.. jadi pilihan sebab takde minimum contract :p