alkisahnya, memang sudah pun dirancang, aku nak turun kl pada hari minggu btul-btul pada minggu raya cina tuh. nak jumpa kawan-kawan seperjuangan time blaja dulu. dan juga membawa beberapa barang dari jerman yang sudahpun di pesan oleh beberapa kawan.
konon-konon terserempak dengan tunang kat stesen bas la dengan menaiki bas yang sama pastu seat plak sebelah-sebelah.. aisyeehh.. kebetulan!! padahal dah memang rancang nak pergi ke kl bersama. cuma time kat kl tu, aku g lepak rumah kawan aku, then tunang aku plak g lepak kat umah akak dia. camtu jugak la time balik.. kebetulan jugak. hehehe
nak dijadikan cerita, membe aku yang sorang ni tak dapat nak join aktiviti-aktiviti geli2an aku dan kawan2 yang lain. kesian, dah besar panjang kena masuk kem motivasi team building. aduuh hai.. aku agak, mesti dia kena kawad dan nyanyikan lagu negaraku btul2 lepas semayang subuh. nasib kau la labu.
aku sampai ke kl tepat jam 9 mlm, lepas tu dengan tak mandi dan tukar baju, trus g main futsal ngan membe2 yg lain. pergghh.. btul2 aku beriadah kat kl ni. tapi aku just usha je aar sebab lupa nak bawak suar trek. kalau tak dah lama aku join mandi peluh ngan diaorg.
lepas main futsal, lepak g minum kat kedai mamak. tak tahu la kat mana. asal bleh makan sudah. mmg aku dah lapa gile time tu. lepas jam 4 pagi baru aku tiba kat rumah kawan aku ni. pergghhh.. sungguh aku kagum, diaorg tau aku ni mmg agak strict skit pasal kebersihan, dengar crite, sehari sebelum aku datang diaorg dah wat gotong royong beramai2 utk kemaskan rumah tu. cayalah!! (sebenarnya, kalau aku ni dah nama pun menumpang. memang aku tak kisah pasal tu.. hahahaha)
mungkin agak kepenatan, lepas dapat bantal ngan tilam trus aku padam. elok2 je aku bangun rumah pun dah cerah ngan cahaya dari luar (humaaang aaiiii.. miss subuh plak.. takpe2 leh qada memandangkan aku tak sedar)
ok ok.. panjang sgt aku story.. utk dipendekkan cerita.
bila aku bukak je mata, aku prasan ada satu bungkusan makanan kat sebelah aku. memang aku budget ni diaorg belikan utk aku. hah.. tak yah gosok gigi.. trus aku bukak, then bismillah.. brruuupppppbbb.. alhamdulillah.. kenyang!!
aisyeehh.. dahaga plak, takde air ke kat rumah ni. hurrmmm agaknya kat dapur ade kut air. tak cakap byk trus aku ke dapur mencari air. takde jugak!! hurmmm.. dahaga sgt nih.. mcm mana nih?? takpe2 air paip ade. tapi tak elok la minum air paip mcm tu. haaaaahhh!!! air paip ni ada filter!! slumber aku tadah tangan, bukak air paip dan pulas punat tu agar air tu masuk ke dalam filter. amboi aiii.. berkarat dan berkaler hijau filter nih.. mesti selamat aku minum air nih.. tgk yg kaler hijau2 tu pun dia blh filter.. hahahaha..
"hoiii!! ko watpe tu???" aisyeehh.. tak sempat aku nak puluh sampai puas. baru je setadah aku minum air tu. kalih2 nampak seko membe aku ni tercegat sambil usha aku dalam keadaan yg menjengkelkan.
"tu ha ada kat depan air mineral, takkan ko tak nampak??"..
"mana ada, aku tak jumpa pun".. aku menjawap
"ooh.. dalam kotak. selalunya dah ada yg bukak satu, agaknya dah abes sebotol semlm..nah amik nih". kata membe aku sambil menghulurkan air mineral tu.
"trimas bro.. mmg tgh dahaga nih.."
tanpa aku sedari, kuman2 dan bakteria sudah mula berpesta dengan lauk yg aku makan tadi. rasanya lagi 4 atau 5 jam mereka akan meronta2 utk keluar dari tubuh aku ni. dan yaaaa!!! btull!!!!!!
petang tu aku rasa penin2, tak lalu makan, tgh muntah pastu badan trus terasa sejuk (padahal time tu i am hot woooo..)
inilah kisah aku ketika di kl...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ceh...perut manja betol...hahahaha
tu lah.. manja seperti nak dibelai2 mesra.. hahaha
amboi.
pjgnya update.
kesimpulannya, jgn la tido lewat2. kot ye pun, agak2 la berhepi2. ni smp bgn lewat nih... isk!
kalau ada depan mata ni, kena piut telinga!
abg fajar: iskk.. jgn la piat telinga, masak la sarapan. ada gunanya jugak. boleh kita makan bersama2.. :)
rase nye moral of the story ni applicable kat malaysia je kot..
so far memang tiap2 hari aku minum air paip kat bumi hitler ni dah dijamin bersih untuk diminum :D
Post a Comment