Thursday 12 February 2009

ooh ibu..

baru je senin lepas ada kat mesia, tup tap tup tap.. aku dah pun kembali bertapa kat bumi hitler nih. upsss.. kalau la ada orang jerman baca catatan aku nih. sudah pasti aku kena sue!!

ok lah, skit2 aku nak kisahkan pengalaman aku kat mesia nih. dari mula aku touchdown sampai la aku kembali kat jerman ni.

mula-mula mmg aku berhajat besar bagai raksase yg menyerang bumi matahari tuh. kononnya bercita2 nak makan puas-puas la. antara menu sasaran aku adalah nasi kandaq line clear, pelita, beratuq, khaleel, kayu, char keow teow, nasik dalca, nasik beriani, KFC, McD, kari kepala ikan, ciken cop, sambal petai udang, sambal petai ikan bilis dan mcm2 lagi la. itu blum lagi dikira masakan ibu yg aku rasakan paling top kat muka bumi ni.

tapi apakan daya, hidup ni hanya lah bersifat sementara, aku tak mampu nak mengkhatam kesemuanya dalam masa yg begitu singkat. singkat bro.. just 2 minggu je aku kat mesia. sampai ada yg cakap aku ni bukan bercuti, tapi wat business trip ke mesia. hapeeehhhh sungguh!!!

aku sepatutnya dijadualkan kembali ke tanah air pada 26hb Jan tahun ni. tapi disebabkan aku terlampau sengal nak balik sangat. cepat2 la aku dial no phone perkhidmatan tiket thai airways kat frankfurt ni. alhamdulillah, ada tempat kosong utk aku balik pada 23hb Jan. Cayalah!!!

slumber jek aku tak cakap kat mak aku pasal penukaran tarikh tiket tuh. budget nak buat surprise laaa. mau kasi mak aku terkejut skit bila nampak aku tiba2 muncul kat depan rumah. hahahahaha dah terbayang aku mcm mana muka mak aku. pasti berderai air mata dia jatuh ke muka bumi.. eh.. lantai umah..

tapi sebelum tu aku call mak nak confirm yg dia tak g mana2 hari ketibaan aku tu. kang tak pasal2 tido luar plak aku mlm tu. tepat jam 9 mlm hari sabtu 24hb Jan aku tiba di lapangan terbang antarabangsa pulau pinang. pergghhh.. nikmat gila!! 1st time aku balik setelah 10 bulan berada kat tempat org.

biasa laa.. pengalaman 1st time tu lah teramat istimewa. perasaan bila aku mula membaca signboard2 kat epot tu dalam bahsa melayu sgt2 lah aku hargai. hurmm.. mcm mana nak cakap ek? tapi best la. biarlah org nak cakap aku cempera naga ka, apa kaa.. aku tak kisah. tapi itulah perasaan sejati aku.. aisyeehh..

seperti biasa dengan janji melayu, lepas satu jam baru membe aku sampai. apa lagi!!! dah mmg aku berniat nak makan nasik kandaq bila aku touchdown kat penang tuh. cepat2 la aku suh membe aku ni p kapitan. tak jadi plak nak makan nasi kandaq.. pekena nan tandoori. utk pengetahuan sedara dan sedari. nan tandoori kat kapitan tu paling extrem best kat penang.. aku rasa paling best kat dunia kut..

bila dah kenyang. mula la aku merancang ngan membe aku ni. mcm mana nak kasi surprise kat mak aku. mula2 aku suh membe aku ni call mak aku, cakap dia nak hantar barang2 yg aku post kat dia dari epot (ntah la kenapa mak aku percaya). pastu bila mak aku tanya zul bila sampai, aku suh dia cakap aku tak cakap apa2 pasal tu. muahahahahaha...

pendek cerita, bila membe aku ni sampai umah aku, ngan segala beg2 (ofcourse la beg aku!!) ni. dia pun bagi la salam. tak sampai 2 kali dia bagi salam, dah ada org menyahut. hehehehe itu suara adik aku. time tu aku nampak mak aku duk lepak2 kat dapur. tak tau la tgh wat apa.

lepas je adik aku angkat beg aku (26kilo brooo..sian adik aku), cepat2 la aku menghalau kawan aku tu balik. then trus aku bagi salam. hohohohohoho.. seperti yg aku rancang. adik2 aku, mak aku.. semuanya terkejut.. sampai ada yg melompat.. fuuuuuhh.. terharunya aku.. waaaaaaa.. aku pulak yg menangis time tu. mak aku, tak yah crite la.. lagi teruk dari aku.

sambil dia mnyumpah2 marah sebab dia ingatkan aku balik hari selasa mgu selepas tu. dia marah sebab dia baru nak persiang ikan nak masakkan utk aku. maklum la, kari ikan mak mmg kegemaran aku sejak dulu lagi.

mlm tu adik2 dan mak mmg seronok abes lepas kena rasuah ngan aku. setiap sorg dapat hadiah dari aku. melihatkan keadaan tu, membuatkan aku terharu. semoga adik2 aku ni rajin belajar dan dapat merasa mcm mana hidup merempat dan dianggap bangla kat bumi org.

8 comments:

:cahya schatz: said...

aku pulak yg terharu baca bab2 last tuh..
hehehee...

FARYN said...

hehehe...at least ko bangla yg hensem kat german tu..patutnya masa mak ko berderai2 air mata tu,snap pic...cam episod jejak kasihan plak...ahaahahaha...aku nak buat tajuk pilem : anak derhaka pulang ke tanah malaya....hahahaahha

zulfadli said...

cahya: tu lah, aku pun siap nanges lagi.. hahaha

faryn: aku blum di cop anak durhaka. tapi kalau nak wat filem tu. aku tak kisah jadi watak utama.hehehehe

fiezabaiduri said...

ingat dlm novel je ade citer mcm ni.
ruper2nye betol2 kejadian..hehe

FARYN said...

sedap sungguh aku mkn KFC ketika ini...ahhaahaha

zulfadli said...

fiezabaiduri: itu la contoh anak mithali. heeheehee

faryn: aku dah pun makan kay ep ci pada hari ke2 aku balik mesia. mmg sedap rasanya.. cisssss

Jalak Lenteng said...

hadui laaa..patut rakam!
pastu antar copy kat produser wakenabeb!hmm..dah telambat,laksa sudah menjadi nasik..lukenabeb!

zulfadli said...

rusdy: aku bukan shiapa2, kalau artis mmg sah aku dah masuk wakenabeb